Hi! Welcome Back and Stay Tune! JDT tepis dakwaan pemain muda diperap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JDT tepis dakwaan pemain muda diperap

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super empat kali, Johor Darul Ta'zim (JDT) menepis andaian kononnya kebanyakan pemain muda yang menyertai skuad Harimau Selatan itu hanya sekadar memanaskan bangku simpanan.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards berkata, semua pemain muda itu berpeluang untuk beraksi memandangkan pasukan itu mengharungi banyak pertandingan sekaligus membantu perkembangan mereka kerana memiliki segala kemudahan yang lengkap.

"Sebagai contoh, Safawi Rasid yang berusia 20 tahun beraksi selama 831 minit bersamaan dengan 18 perlawanan iaitu enam aksi Liga Super, lima aksi Piala Malaysia, satu aksi Piala FA dan empat aksi Piala AFC selain dua perlawanan Kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL).

MOHD Afiq Fazail (kanan) sudah beraksi selama 2,063 minit bersamaan dengan 30 perlawanan. - Foto Luqman Hakim Zubir

"Pemain tengah muda kami, Afiq Fazail yang berusia 23 tahun beraksi selama 2,063 minit bersamaan dengan 30 perlawanan iaitu 17 perlawanan Liga Super, lima perlawanan Piala Malaysia, empat perlawanan Piala FA dan empat perlawanan Piala AFC.

"Begitu juga Nazmi Faiz yang berusia 23 tahun dan beraksi selama 1,203 minit bersamaan dengan 23 perlawanan. Selain itu, pemain muda lain seperti Fazly Mazlan beraksi sebanyak 34 perlawanan sementara Ahmad Hazwan Bakri tampil dalam 31 perlawanan.

"Bagi pemain muda yang lain seperti Dominic Tan, Gary Steven Robbat dan Darren Lok, mereka baru sahaja beraksi kerana baru pulih daripada kecederaan. Namun mereka juga diberi peluang untuk beraksi," katanya menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Dalam masa sama, Alistair turut menegaskan pasukan itu akan menjadi tempat mereka berkembang untuk jangka masa panjang bagi menggantikan khidmat pemain senior yang akan meninggalkan pasukan itu pada masa akan datang.

"Inilah tempatnya semua pemain berkembang untuk jangka masa panjang kerana pemain senior bukan berada disini untuk selama-lamanya.

"Jadi pemain muda inilah yang akan bermain dan memikul tanggungjawab terbabit. Selain itu, semua yang menjaga JDT adalah bekas pemain bola sepak dan tiada unsur politik keseluruhannya.

"Di JDT, pemain muda akan dapat belajar lebih lagi dan juga berpeluang untuk dipinjamkan ke kelab luar negara yang mempunyai hubungan dengan JDT antaranya kelab dari Jepun, Consadole Sapporo dan lain-lain lagi," katanya.



Sumber JDT tepis dakwaan pemain muda diperap

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yp0RDY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.