Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vida belanjakan RM1 juta untuk video muziknya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vida belanjakan RM1 juta untuk video muziknya

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik dan produk kesihatan, Datuk Seri Hasmiza Othman, 46, membelanjakan hampir RM1 juta bagi penghasilan video muzik single sulung beliau, I Am Me.

Pengasas produk Qu Puteh yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida itu berkata, menerusi video arahan Ghaz Abu Bakar, yang juga sutradara terkemuka, beliau ingin menampilkan dirinya yang sebenar kepada orang ramai.

"Hampir RM1 juta dibelanjakan untuk menghasilkan video muzik lagu ini, termasuk prop yang akan dilelong kepada umum nanti.

"Alhamdulillah, lagu yang dicipta oleh Edry Abdul Halim ini mendapat sambutan cukup baik apabila video liriknya sudah pun ditonton hampir sembilan juta kali di laman YouTube," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran video muzik I Am Me di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, hari ini.

Menerusi video rasmi terbabit, Vida ditampilkan bersama identitinya yang cukup menyerlah, dengan kilauan emas permata dan wang ringgit. Ia juga pernah menjadi isu apabila video dirinya 'mandi duit' tular, baru-baru ini.

"Saya bukan nak riak, tetapi inilah yang saya mahukan. Ghaz pula berjaya merealisasikan keinginan saya menerusi video terbabit. Ia menjadi paparan terbaik untuk saya tampilkan, bagi mewakili diri dan bisnes saya," katanya.

Sebelum itu, Vida membuat kejutan dengan penghasilan kek bertatahkan Swarovski bernilai RM26,000 sempena majlis pelancaran terbabit. Kek berkenaan dihiasi mata wang tempatan dan asing, berserta replika tab mandi di atasnya.

Usahawan terkenal itu juga mencuri tumpuan ramai apabila muncul di pusat beli-belah berkenaan dengan memandu kereta Lamborghini Aventador S berwarna merah jambu.

Penerbit lagu berkenaan, Datuk Norman Abdul Halim, menerusi rakaman video yang disiarkan pada acara terbabit berkata, beliau sudah berbincang dengan beberapa pihak luar untuk membawa single dan video muzik itu ke pasaran Asia.



Sumber Vida belanjakan RM1 juta untuk video muziknya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTXJwQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.