Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jururawat Lelaki Ditahan Lakukan Seks Dengan Mayat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jururawat Lelaki Ditahan Lakukan Seks Dengan Mayat



LA PAZ (Bolivia): Seorang lelaki warga Bolivia berusia 27 tahun ditahan kerana melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita.

Menurut laporan media, pembantu jururawat, Grover Macuchapi ditahan di Hospital de Clinicas di La Paz, selepas dikesan suami kepada wanita itu di bilik mayat.

Menurut laporan akhbar Bolivia, El Deber, suami kepada wanita itu meninggalkan mayat isterinya buat sementara waktu pada tengah malam 16 Oktober lalu untuk menyelesaikan urusan bayaran dan dokumen.

Sekembalinya ke bilik mayat, dia mendapati Macuchapi berdiri pada mayat dengan keadaan seluarnya diturunkan sehingga ke buku lali.

Wanita itu dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Ketua polis Bolivia, Douglas Uzquiano dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, mayat wanita itu baru sahaja dipindahkan ke bilik mayat.

"Pembantu jururawat itu melakukan kesalahan nekrophilia (melakukan hubungan seks dengan mayat).

"Dia (suami) memukul pembantu jururawat itu sehingga pasukan keselamatan tiba," katanya. – The Straits Times/Asia News Network


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zHH6F1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.