‘Saya tak mahu khianati rakyat’
“Saya tidak mahu mengkhianati rakyat dengan menjadi calon parti (Pas) yang hanya mahu menang 40 kerusi dan tidak bersedia mengambil alih kuasa politik negara ini,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, jika Pas hanya menyasarkan kemenangan sebanyak 40 kerusi, rakyat akan terus terbeban disebabkan kos sara hidup semakin meningkat, harga barang naik dan terus ditekan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Dalam satu wawancara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan Pas hanya mahu menang 40 daripada 222 kerusi pada PRU akan datang.
“Pastinya jika berjaya menang 40 kerusi berkenaan, tidak akan perubahan kepada negara ini selepas PRU. Umno dan BN akan terus memerintah serta rakyat akan tetap dikenakan GST,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan parti itu tidak akan lagi mencalonkan Mahfuz sebagai calon PRU14 memandangkan beliau lebih cenderung kepada Pakatan Harapan.
The post ‘Saya tak mahu khianati rakyat’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gwyFnX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment