Hi! Welcome Back and Stay Tune! KERETA API DINAIKI SHAFIE BERASAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KERETA API DINAIKI SHAFIE BERASAP

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan rombongan sepatutnya mengharungi perjalanan mudah dari Beaufort ke Tenom, Sabah dengan menaiki kereta api.

Bagaimanapun selepas dua jam perjalanan, penyaman udara dalam kereta api itu mula mengalami kerosakan.

Selepas sistem penyaman udara dibaiki, kereta api itu meneruskan perjalanan semula sehingga Shafie dan rombongannya menukar keretapi yang lain ketika mereka meneruskan perjalanan ke Tenom.

Tidak lama selepas menaiki kereta api kedua, penumpang termasuk penulis mendengar teriakan secara tiba-tiba ‘turun sekarang!’.

Asap muncul dari bawah kereta api berkenaan ketika Shafie dan penumpang bergegas turun, dengan beberapa orang keluar menerusi tingkap untuk melarikan diri manakala yang lain menjerit ada kebakaran.

Seorang pegawai Keretapi Negeri Sabah yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa kejadian seperti itu luar biasa dan kebakaran yang disyaki itu mungkin akibat beban muatan penumpang.

Tidak lama selepas keluar dari kereta api berkenaan, para penumpang dibawa menaiki gerabak ketiga.

Shafie didengar memberitahu penyokong WARISAN agar memberi keutamaan kepada kanak-kanak sekolah yang memenuhi pengangkutan berkenaan.

Kereta api berkenaan kemudian penuh sesak dengan penumpang termasuk bekas menteri itu yang terpaksa bertahan dalam perjalanan selama 20 minit ke Tenom.

Penumpang lain, sebaliknya, terpaksa meunggu sejam lagi untuk menunggu kereta api lain.

Walaupun beban muatan disyaki punca kereta api terdahulu mengeluarkan asap, gerabak ketiga yang penuh sesak tetap meneruskan perjalanannya ke Tenom.

Di sana Shafie dan rombongan disambut oleh penyokong WARISAN bagi meneruskan program yang telah dijadualkan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8c2jm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.