Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahu dapat Bajet 2018? Daftarkan sekolah tahfiz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahu dapat Bajet 2018? Daftarkan sekolah tahfiz

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pendaftaran sekolah tahfiz membolehkan bantuan disalur kepada warga institusi tersebut. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pendaftaran sekolah tahfiz membolehkan bantuan disalur kepada warga institusi tersebut. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 6 Okt ― Semua sekolah tahfiz persendirian digesa supaya berdaftar dengan jabatan agama Islam negeri masing-masing bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pendaftaran tersebut juga membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan lebih baik kepada warga institusi berkenaan terutamanya pelajar.

“Bagi pihak kerajaan saya mengharapkan mereka (tahfiz persendirian) untuk berdaftar supaya apa jua yang bakal diumumkan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) nanti akan dapat disalurkan dan dipantau dengan lebih baik.

“Agenda memartabatkan agama Islam ini tak pernah dipinggirkan kerajaan…malah bajet yang disalurkan juga meningkat dari setahun ke setahun dan sejak pemerintahan perdana menteri sekarang telah tiga kali elaun Imam dan mereka yang berada di barisan hadapan dalam memartabatkan agama Islam dinaikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Perdana Menteri baru-baru ini berkata kerajaan akan mengumumkan “sesuatu” dalam Bajet 2018 pada 27 Okt ini berhubung sekolah tahfiz di negara ini.

Pada majlis tersebut, bekas anggota Parlimen Pasir Puteh Datuk Che Min Che Ahmad diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan Tahun 1439H/2017 atas jasanya dalam memartabatkan institusi agama Islam di negara ini.

Che Min, 69, yang juga merupakan bekas timbalan ketua pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata anugerah tersebut merupakan satu penghargaan buatnya yang terlibat sebagai penjawat awam selama 30 tahun.

“Bermula 1974, saya dilantik menjadi pegawai agama di Wilayah Persekutuan…masa itu masjid dan surau bilangannya sedikit dan saya berazam untuk memperkasakan agama yang saya terlibat dalam pengurusan pembinaan Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Wilayah Persekutuan.

“Sebenarnya saya agak terkilan kerana usaha saya untuk menaik taraf fasiliti agama di negara ini dengan lebih baik tidak tercapai apabila saya dinasihatkan supaya menceburi politik…Alhamdulillah, saya bertanding di Pasir Puteh dan saya menang di kawasan tersebut pada 2004 dan memegang jawatan sebagai anggota Parlimen selama satu penggal,” katanya.

Bapa kepada empat anak dan 13 cucu yang menerima wang tunai RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil penghargaan itu turut berjasa dalam menguruskan pembinaan Pusat Latihan Sarawak, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Darul Quran Kuala Kubu, Institut Latihan Islam Malaysia dan Hospital Pusrawi. ― Bernama



Sumber Mahu dapat Bajet 2018? Daftarkan sekolah tahfiz

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmDshF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.