Tumbuk muka rakan tunang, pekerja kilang dipenjara
PETALING JAYA, 6 Okt ― Seorang pekerja kilang yang menumbuk muka tunang rakan perempuannya akibat perselisihan faham, hari ini dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Maznun Madjupuni, 26, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Asri Kadir, 34, dengan cara menumbuk muka lelaki itu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapnya pada 2 Okt lalu.
Dia melakukan perbuatan itu di sebuah warung di Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang, di sini pada 9 malam, 1 Okt lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
“Saya juga pohon mahkamah mengambil kira faktor keselamatan awam dan tindakan tertuduh yang tidak wajar iaitu menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah,” katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang makan bersama tunangnya di sebuah warung sebelum didatangi tertuduh yang bertindak memarahi tunangnya secara tiba-tiba.
Mangsa yang berang melihat keadaan itu telah menegur tertuduh dan berlaku sedikit pergelutan antara mereka sebelum tertuduh bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka.
Akibat kejadian itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang sebelum membuat laporan polis. ― Bernama
Sumber Tumbuk muka rakan tunang, pekerja kilang dipenjara
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ysNkLD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment