Mila-Ashton Kutcher Tak Beri Anak-anak Hadiah Krismas
Selama ini Mila Kunis dan Ashton Kutcher dikenali sebagai salah satu pasangan suami isteri yang sangat privasi mengenai kehidupan mereka.
Bukan hanya hal tumah tangga malah pasangan ideal Hollywood ini juga jarang berkongsi cerita mengenai dua cahaya mata mereka, Wyatt Isabelle Kutcher dan Dimitri Portwood Kutcher.
Jarang-jarang muncul di khalayak, namun baru-baru ini ketika muncul menerusi program Entertainment Tonight, Mila teruja berkongsi mengani karier serta kehidupannya termasuklah khabar mengenai anak-anaknya.
Antara yang didedahkan bintang filem Ted ini, dia dan suaminya tidak akan lagi memberi hadiah sempena hari Natal untuk Wyatt dan Dimitri.
“Selama ini, memang menjadi tradisi bagi kami tidak memberi hadiah pada anak-anak.
“Tahun lalu saat kami menyambut hari Natal, Wyatt masih berumur 2 tahun dan dia dapat banyak hadiah. Kami tidak membelikannya apa-apa, dan itu semua dari datuk dan neneknya,” tutur Mila.
Tambah Mila lagi, justeru tahun ini dia berpesan kepada orang tuannya pun agar membelikan hanya satu hadiah saja sempena hari Krismas yang bakal menjelang. Jika tidak, dia dan Ashton akan menyumbangkan semua hadiah-hadiah yang anak-anaknya terima kepada hospital kanak-anak.
Keputusan Mila dan Ashton itu bertujuan tidak mahu anak-anak mereka menjadi terlalu manja.
The post Mila-Ashton Kutcher Tak Beri Anak-anak Hadiah Krismas appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i4CrsD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment