Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nenek 73 tahun gembira akhirnya miliki lesen memandu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nenek 73 tahun gembira akhirnya miliki lesen memandu

KUALA NERUS: Keinginan nenek berusia 73 tahun untuk memiliki lesen memandu akhirnya menjadi kenyataan apabila lulus dalam ujian memandu kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam percubaan kali kedua hari ini.

Kegagalan dalam ujian memandu pada 4 Okt lepas tidak melemahkan semangat Fatimah Hassan untuk mengambil ujian ulangan.

"Syukur kepada Allah SWT dan saya berasa sangat gembira, tidak tahu macam mana hendak mengambarkan kegembiraan ini dan seolah-olah satu beban berat yang saya pikul sebelum ini hilang dengan tiba-tiba apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya memberitahu saya lulus ujian.

"Anak nombor lima saya sanggup mengambil cuti kerja untuk menemani... memberi semangat kepada saya", katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Menurutnya anak-anak yang lain turut menelefon dan memberi kata-kata perangsang agar tidak putus asa dan membuat yang terbaik semasa ujian.

Berita gembira kejayaan Fatimah mendapat lesen memandu hari ini turut dikongsi anggota keluargnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Fatimah turut mengucapkan kepada pihak JPJ yang banyak membantunya semasa menjalani ujian memandu dan pengajarnya Roslan Mansur, 60, yang tidak pernah jemu mengajarnya sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu.

-- BERNAMA



Sumber Nenek 73 tahun gembira akhirnya miliki lesen memandu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yg3NSy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.