Nilai Pasaran Bitcoin Setanding Dengan Nilai Ekonomi Negara Ukraine
Modal pasaran (market capitalization) bitcoin semakin menghampiri nilai $100 billion USD, dimana ketika ini berada di paras $94 billion. Modal pasaran bitcoin semakin meningkat apabila harga mencapai paras tinggi terbaru minggu lalu.
Setakat ini modal pasaran bitcoin merekod kenaikan sehingga 600% pada 2017 apabila hanya bermula pada $15.6 billion USD pada awal tahun ini.
Jika dibandingkan dengan modal pasaran (market cap) 100 syarikat-syarikat besar global, bitcoin sepatutnya berada di tangga ke-81, hanya tiga anak tangga di bawah Goldman Sach.
Dalam perbandingan berdasarkan pertumbuhan ekonomi GDP tahunan pula, modal pasaran bitcoin berada di tangga ke-66 jika dibandingkan dengan 191 negara yang lain, menurut unjuran IMF (International Monetary Fund). Jika Bitcoin adalah sebuah negara, ia berada di bawah Ukraine yang mempunyai pertumbuhan tahunan $95.9 billion USD. Manakala di belakang bitcoin adalah Slovakia ($89.1 billion USD), Sri Lanka ($84 billion USD) dan Ethiopia ($78.4 billion USD).
Modal pasaran Bitcoin kini mewakili 54.4% daripada keseluruhan modal pasaran matawang crypto (cryptocurrency) yang berjumlah $175.2 billion.
Modal pasaran matawang crypto yang lain turut meningkat tahun ini. Etherium dengan modal pasaran kedua terbesar selepas bitcoin mempunyai modal pasaran $32.5 billion USD. Ripple pula adalah matawang digital ketiga terbesar dengan modal pasaran $10 billion USD.
The post Nilai Pasaran Bitcoin Setanding Dengan Nilai Ekonomi Negara Ukraine appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xI3zoh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment