Opera 49 Beta Menambah Ciri Merakamkan Selfie Dan Menambahnya Pada Rakaman Skrin
Opera merupakan salah satu pelayar web yang ditawarkan untuk desktop, dan menawarkan beberapa ciri-ciri yang berbeza melaluinya. Terkini, melalui versi pembangunan Opera 49 Beta yang terbaru, mereka turut membuat kejutan, dan menambah ciri untuk merakamkan selfie terus melalui pelayar web desktop berkenaan.
Melalui apa yang dipertontonkan oleh Opera, mereka membolehkan pengguna merakamkan gambar skrin, dan seterusnya menambah gambar selfie anda diatas gambar rakaman skrin berkenaan. Seperti biasa, anda perlu memastikan anda mempunyai webcam sebelum dapat menggunakan ciri ini.
Buat masa ini, ciri ini diuji pada Opera 49 Beta, dan mungkin akan diperkenalkan pada versi stabil akhir tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hTvdaD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment