(VIDEO) ‘4 Murid Dan Guru Maut Manakala 50 Murid Cedera Terbakar.’ Pengawal Keselamatan Curah Alkohol Kemudian Bakar Taska..
RIO DE JANEIRO: Empat kanak-kanak dan guru maut selepas seorang pengawal keselamatan menyembur alkohol sebelum membakar mereka di sebuah taska di tenggara Brazil, semalam.
Pengarah hospital, Bruno Ataide Santos, berkata pengawal keselamatan yang cedera parah akibat kesan terbakar di seluruh badan, disahkan meninggal dunia.
"Kira-kira 50 orang dilaporkan cedera, kebanyakannya akibat terbakar selepas api merebak di taska 'Innocent People' di Janauba, Minas Gerais awal pagi semalam, sebelum dikawal pihak bomba," kata pendakwa raya negeri dalam satu kenyataan.
Saksi memberitahu laman berita dalam talian UOL, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai bekerja di taska terbabit selama lapan tahun.
Polis Minas Gerais berkata, pegawainya turut mengunjungi rumah suspek dan bertemu ahli keluarganya bagi mendapatkan maklumat mengenai motif tindakannya itu.
| Pengawal keselamatan yang bertindak membakar taska. |
Pada masa sama, Presiden Michel Temer, menyatakan ucapan takziah berhubung kejadian itu menerusi Twitter.
"Saya amat sedih dengan tragedi membabitkan kanak-kanak di Janauba dan saya ingin menyatakan sokongan kepada ahli keluarga mangsa," katanya.
Janauba yang mempunyai 70,000 penduduk terletak kira-kira 600 kilometer di utara bandar Belo Horizonte.
Berikutan kejadian itu, pejabat Datuk Bandar Janauba mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari. - AFP/PENMERAHPRESS
VIDEO:
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gh3tcx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment