Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandangan Ahli Senat Terhadap Pelantikan Calon The Fed, Harga Emas Menyusut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandangan Ahli Senat Terhadap Pelantikan Calon The Fed, Harga Emas Menyusut

Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh melebihi 2 minggu pada hari Rabu berikutan ahli daripada parti Republik lebih condong kepada John Taylor sebagai calon pengganti pengerusi The Fed.

Ahli Senat Republik mengutarakan pandangan mereka kepada Presiden Donald Trump semasa majlis makan tengah hari pada hari Selasa yang diadakan oleh Trump bagi mendapatkan pandangan mereka.

Berdasarkan sumber dipercayai, ahli Senat Republik berpendapat mereka lebih condong kepada Jerome Powell (gabenor Fed) dan John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford) sebagai calon pengganti pengerusi The Fed. Namun pendapat majoriti lebih condong kepada Taylor.

Taylor dilihat sebagai individu yang lebih hawkish daripada Janet Yellen.

Menurut kenyataan Presiden Donald Trump pada hari Isnin, beliau sudah hampir membuat keputusan, siapakah yang bakal menggantikan kerusi pengerusi Fed selepas menemuduga 5 calon tersebut.

Hal ini telah mendorong peningkatan 10 tahun-hasil bon U.S keparas tertinggi sejak Mac. Peningkatan ini telah mendorong kepada penguatan U.S dolar.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX susut 0.29% kepada $1274.65 per auns setakat jam 4.30 p.m

Selain itu, faktor lain yang turut menyebabkan kejatuhan harga emas ialah pengukuhan pasaran saham U.S yang menyebabkan permintaan terhadap logam berharga berkurangan.

 

The post Pandangan Ahli Senat Terhadap Pelantikan Calon The Fed, Harga Emas Menyusut appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y2AlRb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.