Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Emas Terus Jatuh Pada Awal Sesi Asia Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Emas Terus Jatuh Pada Awal Sesi Asia Minggu Ini

Harga emas jatuh pada sesi Asia hari Isnin dengan dolar meneruskan pengukuhan selepas kemenangan Shinzo Abe dalam pilihan raya semalam, menjadi petunjuk kepada penurusan pelonggaran dasar bank pusat.

Pasaran hadapan emas bagi bulan di Disember di Comex NYMEX jatuh 0.21% atau $2.73 kepada $1,277.39 per auns pada jam 11.58 pagi.

Emas mula ditekan pada hari Jumaat lalu selepas pelan pembaharuan kod cukai Trump melepasi halangan kritikal dengan seluruh ahli senat Republik bersetuju pada bajet yang dibentangkan, sekali gus mengukuhkan US dolar pada akhir sesi dagangan minggu lalu.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang reformasi cukai belum lagi dikeluarkan. Oleh itu, sebahagian penganalisi memberi amaran bahawa perjalanan agenda White House ini masih lagi jauh.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar. Greenback yang mengukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain tutup di paras 93.58 pada hari Jumaat, naik 0.67% sepanjang minggu lalu. Penganalisis menjangkakan dasar fiskal US akan membantu menolak inflasi dan menambahkan tekanan kepada Fed untuk menaikkan kadar faedah sekali lagi.

Antara berita penting pada minggu ini adalah hasil keputusan penetapan dasar dalam mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) bulan ini. Keputusan ini akan diteliti bagi melihat bagaiman perlaksanaan mereka untuk mengurangkan ransangan ekonomi melalui pembelian bon.

Selain itu, pasaran juga akan menumpukan pada bacaan pertumbuhan awal GDP US  bagi suku tahun ketiga bagi melihat impak ribut taufan ke atas aktiviti ekonomi dan kesan terhadap pandangan dasar monetari bank pusat.

 

The post Permintaan Emas Terus Jatuh Pada Awal Sesi Asia Minggu Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yHxJ8c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.