Telefon Baru Xiaomi Dengan Skrin 18:9 Tertiris – Mungkinkah Redmi Note 5?
Redmi Note 5 merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, sebuah peranti baru telah melepas pengesahan TENAA di China, dan peranti berkenaan dikatakan sebagai Redmi Note 5 yang akan datang.
Daripada gambar yang tertiris, ia memperlihatkan penggunaan skrin 18:9 yang menjadi trend pada tahun ini.
Menurut info yang tertiris, ia dikatakan bakal menyertakan skrin 5.99-inci, dilengkapi bateri 4000mAh, menyertakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi pengimbas cap jari dibelakang, dan dilengkapi antaramuka MIUI9.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ini adalah Redmi Note 5 ataupun peranti lain dibawah siri Redmi. Dengan pengesahan melalui TENAA ini, mungkin kita akan melihat ia dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xYSiLu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment