Perodua Sedang Mengkaji Untuk Menghasilkan Kenderaan Elektrik
Kenderaan elektrik semakin mendapat tempat di pasaran sehingga pengeluar ternama seperti BMW bercadang menghasilkan kenderaan hibrid elektrik sahaja menjelang 2o20. Di Malaysia pengeluar kenderaan nasional kedua Perodua sedang mengkaji untuk menghasilkan kenderaan elektrik mereka sendiri.
Ini diumumkan oleh timbalan presiden Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad di Pameran Kereta Tokyo yang sedang berlangsung. Walaubagaimanapun penghasilan kenderaan ini bergantung kepada kajian pasaran terutamanya dari segi kos dan kemampuan pengguna. Beliau menegaskan buat masa ini pihak Perodua akan memberikan tumpuan memaksimumkan sepenuhnya potensi enjin konvensional dan enjin cekap tenaga (EEV) bagi memastikan penggunaan minyak yang lebih optimum.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2izINAh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment