Polis Sarawak Lancar ‘Perang’ Penjualan 4D Haram
MIRI – Polis Sarawak melancarkan fasa kedua ‘peperangan’ memerangi kegiatan judi haram dengan menumpukan serbuan ke atas penjualan 4D haram susulan kejayaan menghapuskan kegiatan judi mesin dan siber.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata bagi tempoh 9 hingga 15 Okt, pihaknya menahan 39 individu berusia antara 16 dan 61 tahun dalam serbuan yang diadakan di seluruh negeri.
Katanya daripada jumlah itu, 30 ditahan menerusi 30 serbuan yang turut menyaksikan rampasan wang tunai berjumlah RM4,855 selain beberapa peralatan yang diguna untuk pertaruhan 4D haram.
Dalam dua lagi serbuan bagi memerangi perjudian di tempat awam di Kuching dan Limbang, polis menahan lapan orang yang dipercayai terbabit dalam perjudian holo serta seorang lelaki ditahan di Lawas kerana menyediakan perkhidmatan tambah nilai judi siber berasaskan tablet.
Katanya pihaknya terus menerima aduan berhubung penjualan 4D haram terutama daripada di Kucing, khususnya di Taman Kenyalang. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yrnKpv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment