Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Sarawak bukan paloi, Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Sarawak bukan paloi, Mahathir

Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Abang Johari Openg hari ini mengingatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Sarawak bukan bodoh sehingga mudah untuk dibohongi.

Dalam majlis bersama kira-kira 5,000 rakyat Sarawak di Semenanjung, Abang Johari merujuk projek Lebuhraya Pan Borneo sebagai satu contoh sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada kerajaan negeri.

Permintaan itu katanya telah dibuat sejak pentadbiran Mahathir selama 22 tahun.

Menegaskan orang Sarawak mempunyai prinsip, Abang Johari mendakwa Mahathir mengorbankan prinsipnya untuk bekerjasama dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang pernah dimusuhinya.

"Mari kita tentukan nasib kita sendiri. Orang Sarawak bukan paloi (bodoh). Jangan bohong kami," katanya.

Abang Johari juga berjanji untuk meneruskan rundingan dengan Putrajaya bagi menuntut semula hak Sarawak seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

"Saya akan melindungi BN di peringkat negeri dan saya akan pastikan (kerajaan) BN memberi respon kepada apa yang kita mahu," kata pengerusi BN Sarawak itu.

Bercakap dalam campuran dialek tempatan, Melayu dan Inggeris, Abang Johari menjawab pertanyaan seorang hadiran mengenai lawatan Mahathir baru-baru ini ke Sarawak, yang pertama kali sejak mengetuai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan. - Malaysiakini



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kwBgD4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.