Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja 13 tahun hidap kencing manis kronik gara-gara kegilaan minum air bergas sejak kecil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja 13 tahun hidap kencing manis kronik gara-gara kegilaan minum air bergas sejak kecil

Remaja hidap kencing manis akibat minuman bergas

Kegilaan seorang remaja berusia 13 tahun terhadap air minuman bergas sejak kecil akhirnya memberi kesan buruk apabila dia kini mengidap penyakit kencing manis kronik.

Remaja berkenaan, Mahathir Mohammad berkata, penderitaan itu dialaminya sejak lima tahun lalu sehinggakan dia  terpaksa melupakan alam persekolahan apatah lagi menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Saya suka minum minuman bergas sejak kecil. Lebih- lebih lagi dulu ada sebuah kedai runcit berdekatan rumah, jadi memang setiap hari saya akan beli air bergas. Tapi tak sangka akhirnya membuatkan saya jadi begini.

“Memang pada mulanya ia hanya luka kecil di tapak kaki tapi kaki semakin membengkak dan bernanah malah akan mengeluarkan bau yang busuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rimbunan Kasih, Serkam di sini.

Sementara itu, ibunya Zaliha Mohd Zabidi, 44, berkata ketika usia Mahathir 12 tahun kedua-dua kaki anak keempat daripada lima beradik itu hampir dipotong oleh doktor bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.

“Memang ketika dapatkan rawatan doktor cadang untuk potong, akan tetapi setelah berfikir panjang saya tak sampai hati mahu melihat anak yang dilahirkan normal akhirnya kehilangan kaki.

“Kemudian saya ambil keputusan dan berikhtiar pelbagai cara untuk sembuhkan dia. Alhamdulillah, akhirnya saya berjumpa seorang doktor yang terbaik dan sehingga kini Mahathir masih melakukan rawatan susulan dengannya,” katanya.

Menurutnya yang bekerja sebagai pekebun, bagaimanapun kini pergerakan anaknya itu terbatas berikutan kawasan luka yang sentiasa berair dan hanya mampu mengengsot di dalam rumah.

“Jika ada urusan di luar ataupun mahu membawanya ke klinik, dia terpaksa menggunakan kerusi roda ataupun menggunakan kasut khas yang ditempah.

“Saya mahu melihat Mahathir sembuh dan dapat bersekolah seperti kawan-kawannya yang lain. Kalau ditakdirkan saya pergi dahulu dengan keadaan dia seperti itu?. Memang itu sahajalah yang saya sering fikirkan,” katanya.

Sementara itu, nasib remaja itu turut mendapat perhatian Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN), Amir Hamzah Aziz dan Adun kawasan Serkam, Datuk Zaidi Atan.

Amir berkata, sebagai seorang yang masih muda, remaja itu perlu dibantu dan disokong agar dia dapat menjadi sebagai manusia yang berguna seterusnya membantu keluarga biarpun menghidap penyakit kencing manis.

“Kita berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) yang memberi sumbangan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan Mahathir dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang membenarkan remaja ini mengambil UPSR tahun depan.

“Kini keluarga ini hanya menunggu elaun orang kurang upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan kasut khas yang sudah dimohon. Semoga dengan kerjasama semua pihak kehidupan remaja ini akan menjadi mudah,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Remaja 13 tahun hidap kencing manis kronik gara-gara kegilaan minum air bergas sejak kecil

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gGCJCm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.