Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja dituduh bunuh suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja dituduh bunuh suami

MUAR: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini, pada 14 Oktober lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun itu didakwa membunuh Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28, kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah rumah di Jalan Indah 6, taman berkenaan.

Tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu gerai makanan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori.

Terdahulu, tertuduh yang berpakaian lokap berwarna jingga dan tidak diwakili peguam hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh supaya menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bahru mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.



Sumber Remaja dituduh bunuh suami

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zCzCCB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.