Hi! Welcome Back and Stay Tune! 200kg ketum dalam Alza, 2 lelaki ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

200kg ketum dalam Alza, 2 lelaki ditahan

Polis menahan dua lelaki dan merampas 200 kilogram (kg) daun ketum yang disembunyikan di dalam kereta ketika operasi ‘Snap and Check’ di Jalan Kampung Kuala Roman Jeneri, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kedua-dua suspek berusia 30 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Alza dilihat dalam keadaan mencurigakan jam 1.15 petang.

“Pemeriksaan menemui 39 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum di bahagian but dan tempat duduk belakang kereta membabitkan berat keseluruhan 200kg dengan nilai pasaran sebanyak RM2,600.

“Soal siasat mendapati suspek memperoleh bekalan daun ketum terbabit dari Lubuk Merbau dan sedang dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis untuk memasarkan daun ketum terbabit di sana,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Abdull Razak berkata, dua suspek yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh membawa kepada hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber 200kg ketum dalam Alza, 2 lelaki ditahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iXsH3G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.