Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone X mula dijual di lebih 50 negara! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone X mula dijual di lebih 50 negara!

SYARIKAT teknologi terkemuka Apple Inc mula menjual edisi terbaharu telefon bimbitnya iPhone X (dibaca iPhone 10) di pasaran hari ini.

Model terkini telefon pintar oleh Apple itu boleh didapati mulai hari ini di lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Singapura, Australia, Jepun dan India.

Pelancaran rasmi iPhone X di Malaysia walau bagaimanapun masih belum diumumkan.

Namun ia dijangka dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB.

Apple sebelum ini membuka pra-pesanan untuk pembelian model itu pada 27 Oktober lalu.

Versi unik yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-10 ini mempunyai skrin menyeluruh berpaparan Super Retina, pengecasan tanpa wayar dan Animoji iaitu revolusi emoji baharu.

BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X

Ia juga boleh didapati dalam dua warna iaitu Space Grey dan Silver.

Buat pertama kalinya, Apple menampilkan iPhone tanpa butang ‘home’.

Berbanding dengan iPhone 8 atau sebelumnya, iPhone X mempunyai skrin 5.8 inci dan boleh diakses melalui ciri baharu “face ID” iaitu pengesanan wajah.

Edisi ini turut menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision dan HDR10.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iqQEMU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.