Satu Keluarga Jutawan Ini Telah Menukar Kehidupan Dengan Keluarga Miskin Untuk Tempoh Seminggu Supaya Isteri Dan Anaknya Memperolehi Pengalaman Dan Pengajaran Agar Lebih Memahami Keadaaan Hidup Yang Sebenar..
Di Britain, satu program realiti bertajuk ‘Rich House, Poor House’ telah berlangsung yang melibatkan dua buah keluarga dari dua darjat berbeza bertukar kehidupan sebenar antara satu sama lain bagi tempoh seminggu.
Keluarga Leamon yang berlatar belakangkan kehidupan sederhana dan boleh dikatakan antara keluarga berpendapatan rendah telah bertukar kehidupannya dengan keluarga Fiddles yang kaya-raya.
Apabila Kim Leamon dan suaminya Andy serta dua anak mereka memasuki teratak mewah milik keluarga Fiddles, mereka amat terkedu melihat kekayaan yang dimiliki oleh keluarga itu.
Selain memiliki rumah sebesar gudang, keluarga jutawan berkenaan turut mempunyai halaman yang dijadikan kawasan kebun dengan keluasan 60 ekar serta boleh memuatkan kuda-kuda mereka.
Malah, keluarga Leamon turut berpeluang merasai barangan runcit yang dihantar khas ke rumah mereka tajaan Ocado (sebuah pasaraya yang berfungsi secara atas talian). Secara keseluruhannya, keluarga Fiddles menghabiskan sebanyak RM1,124 seminggu termasuk menikmati hidangan di restoran mewah.
Bagi keluarga Fiddles yang sudah biasa hidup dalam keadaan serba lengkap dan mewah, memasuki rumah keluarga Leamon adalah satu pengalaman paling bermakna dalam hidup mereka.
Keluarga Fiddles yang sentiasa merendah diri mula merasai kehidupan sebenar keluarga Leamon di mana Andy memperoleh pendapatan sebanyak RM5,620 sebulan selain perlu menjaga isterinya yang kurang upaya.
Program realiti yang bertujuan ingin menerapkan nilai pengajaran seperti duit tidak mampu membeli segalanya benar-benar menyedarkan jutawan Matt Fiddles dan ahli keluarganya. Matt dikatakan tersentuh dengan cara Andy menjalankan tugasnya sebagai ketua keluarga sekali gus merasakan dirinya sangat kecil jika dibandingkan dengan Andy Leamon, 33 tahun.
“Saya berpendapat Andy adalah seorang hero. Anak-anaknya taat kepadanya. Malah, dia sentiasa mengutamakan orang lain berbanding dirinya sendiri,” jelas Matt Fiddles yang sangat mengagumi kegigihan Andy Leamon.
Tambah Matt, “Andy menjaga isterinya, melakukan tugasan di rumah selain bekerja mencari nafkah. Pengalaman ini membuatkan saya ingin menjadi sepertinya. Saya berpeluang meluangkan sepanjang minggu bersama anak-anak dan ini merupakan perkara yang luar biasa. Anak-anak tidak mahukan wang anda tetapi masa anda bersama mereka”.
Sementara itu, Kim pula menyatakan pengalaman berbelanja sebanyak RM1,124 seminggu untuk barangan runcit adalah satu pembaziran malah dia tidak menikmati hidangan daripada barangan yang mahal serta berkualiti itu.
“Bajet RM1,124 untuk membeli daging stik dan wain adalah tidak termasuk perkara asas lain. Saya tetap perlu keluar untuk membelikan anak-anak makanan tengahari. Membayar RM1,124 seminggu untuk barangan runcit membuatkan saya rasa ianya adalah satu pembaziran sedangkan dengan jumlah itu, saya boleh membeli pelbagai barangan untuk keperluan sebulan”.
Matt, 37 tahun mula menjadi jutawan pada usia yang muda iaitu 21 tahun. Matt juga dikatakan pernah menjadi sahabat dan pengawal peribadi kepada Michael Jackson. Memiliki empayar perniagaan yang boleh menjana keuntungan sehingga RM169 juta, keluarga Matt mampu menikmati kemewahan yang tidak terhingga.
Selain tinggal di rumah agam dengan enam bilik tidur, keluarga ini turut memiliki tiga buah kereta mewah jenama Bentley, Land Rover dan Range Rover. Isterinya, Monique yang berusia 24 tahun mempunyai koleksi pakaian yang ditempah khas daripada pereka fesyen terkenal selain mempunyai tukang cuci peribadi.
Anak-anak kepada pasangan jutawan ini iaitu, Lola (11 tahun), Savannah (10 tahun), Zack (4 tahun) dan Hero (1 tahun) juga dilimpahkan dengan kekayaan dan boleh mendapatkan segala kemewahan yang mereka inginkan daripada Matt.
Bagi pasangan Leamon pula, mereka perlu sentiasa melakukan kira-kira dan mengehadkan perbelanjaan. Apatah lagi apabila Kim sudah tidak boleh bekerja setelah mengalami kemalangan beberapa tahun lalu dan terpaksa bergerak dengan menggunakan tongkat atau kerusi roda.
Andy bekerja di pusat panggilan kecemasan pada waktu malam supaya boleh menjaga isterinya dan dua lagi anak mereka, Freddie (10 tahun) dan Olivia (8 tahun).
Setelah tempoh seminggu berlalu, kedua-dua buah keluarga akan pulang semula kepada kehidupan sebenar masing-masing. Bagi Andy Leamon, pengalaman selama seminggu dianggap sebagai percutian hebat buat mereka sekeluarga.
Keluarga Andy Leamon telah menghabiskan sebanyak RM8,430 seminggu dan dia ternyata sangat terkejut melihat jumlah perbelanjaan tersebut yang melebihi gajinya untuk sebulan.
Matt pula menceritakan kesukaran yang perlu dilalui oleh keluarganya sepanjang tinggal di rumah milik Leamon. Anak-anaknya sudah biasa tinggal di rumah agam yang tidak mempunyai jiran, jadi Matt terpaksa menjelaskan fungsi jiran kepada anak-anaknya.
Monique pula menjelaskan bahawa sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka, Matt tidak pernah membantunya memasak atau mencuci pinggan. Malah, Matt tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan buih ketika sedang mencuci pinggan mangkuk.
Tidak biasa dengan kehidupan sederhana seperti itu membuatkan Matt, Monique dan anak-anak mereka tidak sabar untuk kembali kepada kehidupan asal. Begitu juga dengan keluarga Leamon.
Bagi Andy, dia sangat sukakan kehidupan mewah tersebut dan jika diberikan peluang, dia pasti mahu kekal hidup dalam kehidupan seperti itu namun berlainan pula bagi isterinya, Kim.
Kim menjelaskan bahawa dia lebih selesa dengan keadaan sebelumnya tetapi jika mempunyai kewangan seperti keluarga Matt, kehidupannya pasti akan menjadi lebih sempurna.
Kim menjelaskan bahawa dia lebih selesa dengan keadaan sebelumnya tetapi jika mempunyai kewangan seperti keluarga Matt, kehidupannya pasti akan menjadi lebih sempurna.
“Bagus juga jika kami mampu mendapatkan tangga bergerak di rumah,” kata Kim.
Sumber: Daily Mail
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AesZr0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment