Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dibunuh Kerana Marahkan Budak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dibunuh Kerana Marahkan Budak


Tiga individu termasuk wanita ditahan di Klang, Selangor, Seremban, Negeri Sembilan dan Temerloh, Pahang, semalam, berhubung penemuan mayat wanita di sebuah bilik di Pelabuhan Klang pada 5 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua suspek lelaki berusia 26 dan 28 tahun masing-masing ditahan di pondok pengawal sebuah pasar raya di Seremban pada 1 pagi dan di Jalan Chungah, Pelabuhan Klang pada 3 pagi semalam.

Beliau berkata, suspek ketiga iaitu wanita berusia 23 tahun ditahan pada 8 pagi semalam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pian, Kuala Krau, Temerloh.

Menurutnya, seunit telefon bimbit dan sepasang kasut dirampas daripada suspek pertama dan seunit telefon bimbit dirampas daripada suspek ketiga.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek pertama marah dengan mangsa. Mangsa dikatakan memarahi anak teman wanitanya iaitu suspek ketiga.

"Suspek kedua tidak mengaku terbabit dalam kejadian itu sebaliknya menyatakan dia hanya mengenali suspek pertama," katanya hari ini.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mayat wanita Indonesia ditemui dijerut dengan tali kasut dalam sebuah bilik di Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

Mangsa yang berusia 43 tahun itu ditemui terlentang dan tidak berpakaian.

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk dadah manakala suspek kedua memiliki empat rekod mencuri.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari mulai hari ini sehingga 9 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hymhEK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.