Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Bitcoin Meroket Ke Paras Melebih $7000 Pada Jumaat Pagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Bitcoin Meroket Ke Paras Melebih $7000 Pada Jumaat Pagi

Matawang crypto bitcoin meroket tinggi sehingga ke paras $7000 untuk satu bitcoin pada hari Khamis buat pertama kali.

Harga bitcoin mula mencatat peningkatan yang tinggi sejak akhir beberapa bulan ini. Nilai bitcoin naik dua kali ganda dalam tempoh 7 minggu . Berdasarkan data, wang digital itu berada pada bacaan harga $7,248.7 setakat jam 3.50 petang, meningkat sebanyak $229.8 atau 3.27%.

Lonjakan harga bitcoin menyebabkan peningkatan jumlah nilai pasaran wang digital secara keseluruhan mencapai $189 billion pada awal pagi tadi. Jumlah nilai pasaran bitcoin sahaja mencecah $121 billion.

Peningkatan harga ini didorong oleh pengumuman oleh CME Group Inc yang merupakan operator terbesar pasaran hadapan (futures market). Syarikat itu mengumumkan akan memperkenalkan kontrak pasaran hadapan bitcoin.

Kontrak Bitcoin ini akan dibayar menggunakan tunai berdasarkan ‘CME CF Bitcoin Reference Rate’ (BRR). Harga rujukan Bitcoin ini juga akan dikeluarkan sehari sekali dan dinilai dalam US Dolar. Niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin Futures) akan disenaraikan dan ia dikawal selia dan termaktub di bawah peraturan CME

Selain itu, peningkatan harga ini juga didorong oleh proses penglibatan Amazon dalam wang crypto. Amazon telah mendaftarkan 3 laman sesawang berkenaan wang crypto iaitu amazonethereum.com, amazoncryptocurrency.com, dan amazoncryptocurrencies.com. Selain itu amazon juga telah mempunyai amazonbitcoin.com.

Penganalisis berpendapat bahawa minggu ini merupakan minggu yang bullish (kenaikan) bagi wang crypto dan ia akan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur.

Namun, terdapat penganalisis yang bimbang dengan peningkatan yang mendadak ini seperti Tidjane Thiam, Ketua Eksekutif Credit Suisse yang mengatakan. “Berdasarkan pemerhatian kami, salah satu sebab orang membeli dan menjual bitcoin adalah untuk mendapatkan keuntungan dan hal ini berpotensi menghasilkan gelelembung (bubble).

Lonjakan harga dalam bitcoin bukanlah salah satu fenomena yang baru berlaku, maka dalam masa yang sama kita harus berhati-hati, tambah Tidjane Thiam.

The post Harga Bitcoin Meroket Ke Paras Melebih $7000 Pada Jumaat Pagi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z9rNVN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.