Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiger Zero: Kandungannya Halal, Kerana Itu Boleh Diminum Kerana Tiada Alkohol!!! - Ustaz Fathul Bari. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiger Zero: Kandungannya Halal, Kerana Itu Boleh Diminum Kerana Tiada Alkohol!!! - Ustaz Fathul Bari.

Sebelum ini negara digemparkan dengan penjualan ‘bir halal’ dari sebuah syarikat antarabangsa susulan pameran produk halal yang diadakan di ibu negara.



Produk ‘bir halal’ seakan bir sebenar telah membimbangkan umat Islam. Namun begitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menegaskan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil Halal terhadap bir tersebut.

Beliau bertegas ‘bir halal’ adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Standard Malaysia yang menjadi rujukan JAKIM serta Jabatan Agama Islam Negeri dalam urusan pensijilan Halal.

Kini wujud air minuman tin Tiger Zero Alcohol yang telah dikeluarkan oleh syarikat minuman keras iaitu Tiger.

Pihak pengurusan syarikat menjelaskan bahawa minuman yang dikeluarkan tersebut bebas alkohol dan boleh diminum oleh masyarakat Islam.


Pendakwah Fathul Bari Mat Jahya menjelaskan bahawa minuman tersebut boleh diminum sekiranya ramuan yang tercatat pada label tin menyatakan ia tidak mengandungi sebarang alkohol. Kenyataan ini telah dibuat menerusi laman Twitter peribadinya.

Jelasnya lagi, isu ini timbul kerana nama minuman tersebut sama dengan nama syarikat minuman keras di negara ini dan menyifatkan ia hanyalah satu kebetulan.

Malah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan turut menegaskan bahawa sesuatu minuman yang mengandungi kandungan alkohol kurang dari 0.5 peratus adalah dibenarkan dan boleh diminum.

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h90BlJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.