Hi! Welcome Back and Stay Tune! 200kg ketum sarat dalam Alza dirampas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

200kg ketum sarat dalam Alza dirampas

SIK: Cubaan dua lelaki membawa muatan sarat 200 kilogram (kg) daun ketum dipercayai untuk dibawa ke Padang Besar, Perlis tidak berjaya apabila mereka ditahan polis dalam operasi 'Snap and Check' di Jalan Kampung Kuala Roman Jeneri, Sik di sini semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 30 tahun dan menaiki kereta jenis Perodua Alza dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah untuk memberhentikan kenderaan mereka kira-kira pukul 1.15 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui 39 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum di bahagian tempat duduk penumpang bekalang dan but kereta membabitkan berat keseluruhan 200 kg.

"Siasatan awal mendapati nilai pasaran keseluruhan daun ketum itu ialah sebanyak RM2,600.

"Soal siasat turut mendapati suspek memperoleh bekalan daum ketum terbabit dari Lubuk Merbau dan akan dihantar untuk pasaran di Padang Besar, Perlis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdull Razak berkata, kedua-dua suspek yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh membawa kepada hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ae4gDh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.