Suami Dipenjara 6 Bulan Kerana Nikah Tanpa Izin Isteri Pertama
LAHORE, PAKISTAN: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan denda 200,000 rupee (RM8,000) oleh Mahkamah Rendah Lahore, Pakistan kerana berkahwin kali kedua tanpa mendapat keizinan isteri pertamanya.
Keputusan Majistret Ali Jawwad Naqvi itu sekali gus mendapat pujian aktivis wanita memandangkan ia kali pertama mahkamah di Pakistan membuat keputusan menyebelahi wanita mengikut Undang-undang Keluarga 2015.
Petisyen itu difailkan Ayesha Bibi terhadap suaminya Shahzad Saqib yang berkahwin kali kedua tanpa kebenarannya yang ditegaskan sebagai kesalahan mengikut undang-undang.
Mahkamah menolak hujah lelaki berkenaan bahawa dia tidak perlu meminta kebenaran daripada isteri pertamanya kerana agama membenarkannya berkahwin empat.
Majlis Ideologi Islam (CII) - badan yang menasihati kerajaan mengenai keserasian undang-undang dengan Islam - kerap mengkritik peruntukan untuk suami mendapatkan kebenaran bertulis isteri sekiranya ingin berkahwin lagi.
Bagaimanapun, cadangan CII itu tidak mengikat dari segi undang-undang.
Romana Bashir yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Keamanan dan Pembangunan berkata: “Sungguh hebat apabila seorang wanita yang dianiaya menggunakan undang-undang ini di mahkamah. Keputusan ini kesan baik terhadap pemerkasaan wanita.”- Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zaxp2e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment