Persidangan GERAKAN dijangka keluarkan 20 resolusi
KUALA LUMPUR: Persidangan Perwakilan Nasional ke-43 GERAKAN di sini pada 11 dan 12 November ini dijangka mengeluarkan 20 resolusi.
Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng berkata resolusi mencakupi aspek politik, sosial, ekonomi, kesihatan dan pendidikan dengan mengambil kira kepentingan masyarakat majmuk di negara ini.
"Selain resolusi, ada sesuatu yang menarik akan diumumkan sempena persidangan dua hari itu. Kita rahsiakan dulu dan biarlah Presiden Parti, Datuk Seri Mah Siew Keong yang umumkan nanti.
"Persidangan amat ini penting terutama dalam mencari kesepakatan ahli dan mengukuhkan parti untuk memastikan kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN dijangka merasmikan persidangan parti itu pada 12 November ini.
Ditanya mengenai agihan kerusi kepada GERAKAN dalam PRU14, Teck Meng berkata, parti itu sudah berbincang dengan kepimpinan parti komponen BN terutama membabitkan tuntutan bertindih kawasan ditandingi, sejak tahun lalu.
"Rundingan itu positif dan berjalan dalam suasana harmoni sejajar perpaduan keluarga BN," katanya tidak mengulas mengenai bilangan kerusi yang akan ditandingi.
Dalam pada itu, Teck Meng menempelak pakatan pembangkang yang tidak realistik dan suka membuang masa dengan menamakan calon jawatan Menteri Besar Johor sekiranya menang di negeri itu.
"Mereka harus lebih praktikal dan realistik dengan menyelesaikan masalah rakyat seperti dilakukan BN, bukan membazirkan masa berpolitik dan berangan di siang hari," katanya.
Media melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Setiausaha PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh calon popular untuk jawatan Menteri Besar Johor.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayob dan Pengerusi PAN Johor, Aminol Huda Hassan turut menyokong senarai berkenaan, manakala DAP tidak menamakan calonnya dan PKR belum membincangkan perkara itu.
Sumber Persidangan GERAKAN dijangka keluarkan 20 resolusi
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ztYPTx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment