'Elak Kolam Plastik Baru Beli Dari Jatuh'. Ibu Ikat Anak Bersama Kolam Plastik Atas Bumbung Kereta..
Madison, Amerika Syarikat: Seorang wanita ditahan polis selepas dia mengikat anaknya di atas bumbung kereta supaya kanak-kanak itu boleh memegang kolam plastik yang baru dibelinya.
Amber Schmunk memberitahu polis, dia baru membeli sebuah kolam plastik tetapi ia tidak muat di dalam keretanya.
Wanita itu kemudiannya menyuruh anak lelakinya yang berusia 9 tahun naik di atas bumbung kereta dan memegang kolam plastik berkenaan.
Orang awam yang terkejut melihat budak lelaki itu di atas kereta segera menghubungi polis.
Ketika ditahan polis, Amber sudah menurunkan anaknya dan memandu ke rumah kakaknya.
Apabila disoal, Amber, 28, mengaku dia menyuruh anaknya duduk di atas bumbung kereta untuk memegang kolam plastik itu supaya kolam tidak jatuh.
Katanya, dia berbuat demikian kerana keretanya terlalu kecil untuk memuatkan kolam plastik berkenaan.
Menurutnya, dia juga mengambil langkah keselamatan dengan mengikat anaknya dengan tali di atas bumbung kereta.
Bagaimanapun, polis tidak menghiraukan alasan wanita itu dan menahannya atas tuduhan memandu dengan cuai hingga membahayakan orang lain.
Amber bakal didakwa di mahkamah pada 14 November ini dan berdepan hukuman penjara 10 tahun serta denda $ 25,000 sekiranya didapati bersalah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zgKusM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment