Hukum bunuh penyerang Manhattan - Trump
LAKARAN suspek serangan, Sayfullo Saipov dilihat di kamar mahkamah menggunakan kerusi roda selepas cedera ditembak polis di bahagian perut di tempat kejadian. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyeru agar hukuman mati dikenakan ke atas rakyat Uzbekistan yang melakukan serangan di laluan basikal popular di Manhattan, New York, baru-baru ini.
Trump jelas masih belum reda daripada kekecewaan terhadap sistem penghakiman negara itu susulan serangan terbabit.
"Amerika memerlukan hukuman yang lebih pantas dan tegas berbanding hukuman yang dikenakan ke atas 'binatang' ini ketika ini," katanya sebelum menulis 'Hukuman Mati' di laman Twitter.
Kenyataan Trump ini sudah pasti menyukarkan lagi proses pendakwaan terhadap Sayfullo Saipov, 29, iaitu melanggar peraturan yang tidak membenarkan pegawai kerajaan memberi komen terhadap perbicaraan kes jenayah yang sedang bersidang.
"Trump membantu pengganas dengan tulisan Twitternya. Sekarang pendakwa perlu menghabiskan masa berdepan dengan pandangan juri yang pasti terganggu," kata bekas pendakwa raya, Renato Mariotti di Twitter. - AFP
KENYATAAN Trump dalam laman Twitternya.
ORANG ramai berkumpul menyalakan lilin untuk menghormati mangsa yang terkorban dalam serangan trak di Dataran Foley di New York. - Foto AFP
Sumber Hukum bunuh penyerang Manhattan - Trump
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zgPbmj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment