Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas pegawai kanan tentera ikrar lindungi Dr Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas pegawai kanan tentera ikrar lindungi Dr Mahathir

mahathir-mohamad-Mohamed-Arshad-Raji-pengawal-peribadi

Sebuah kumpulan veteran tentera berikrar memberi perlindungan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan keputusan kerajaan menarik balik perkhidmatan pengawal peribadinya.

Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) berkata mereka komited untuk memastikan tiada bahaya fizikal yang akan menimpa Dr Mahathir pada bila-bila masa, dan menggesa semua yang mendakwa diri mereka patriot memberikan komitmen sama.

“Seseorang tidak boleh menjadi ‘patriot’ bangsa jika dia tidak mempedulikan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan pemerintah Malaysia.

“Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kesejahteraan peribadi Dr Mahathir, ahli PPK akan menyalahkan sepenuhnya kepada kepimpinan negara dan penjaga undang-undang dan ketenteraman, dan akan menuntut siasatan bagi mendedahkan kegagalan kerajaan hari ini,” kata Presiden PPK, Brig-Jen (Bersara) Datuk Mohamed Arshad Raji.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan penarikan balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) Dr Mahathir.

Putrajaya turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabatnya.

Tahun lalu, khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr Mahathir ditamatkan, dengan alasan beliau menyertai perhimpunan yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Dr Mahathir, yang mentadbir negara dari 1981 hingga 2003, merupakan perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat. Beliau keluar Umno tahun lalu dan kini mempengerusikan pakatan pembangkang melalui Pakatan Harapan.

Arshad berkata keputusan menarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir adalah bersifat “amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah dan jelas merendahkan martabat”.

“Saya tidak fikir rakyat Malaysia yang patriotik mahu melihat bekas pemimpin yang mereka dihormati dan dihargai, yang menjadikan Malaysia lebih baik, dilayan dan dimudaratkan dalam keinginannya yang tinggi untuk perubahan kepimpinan negara sekarang.

“Pemimpin dunia memandangnya dengan penuh hormat, dan Malaysia pernah dipandang tinggi semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan dunia pada 1998 yang turut merebak ke Asia Tenggara, tindakan Dr Mahathir yang menyelamatkan ekonomi kita.

“Tidak kira bagaimana beliau hari ini, lelaki yang begitu tegas menentang kerajaan pemerintah sekarang kerana alasan yang kita semua tahu, beliau pastinya tidak layak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.”

Melihatkan pelbagai perkhidmatan yang ditarik balik, Arshad persoal apa lagi yang akan diambil.

Sumber: FMT

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zsPCLr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.