3 tokan heroin, ketamin ditahan polis
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan tiga 'tokan' dadah dalam satu operasi khas di dua lokasi berasingan di ibu negara semalam dan Isnin lalu.
Dalam operasi pertama yang dilakukan pada jam 2.50 petang itu, membabitkan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul menahan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 41 tahun.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata suspek berkenaan di tahan dalam sebuah kereta di Jalan Gunung Semanggol menghala ke Jalan Ipoh pada 30 Oktober lalu.
"Hasil pemeriksaan ke atas kedua suspek terbabit menjumpai dua paket plastik lut sinar dipercayai dadah jenis ketamin serta turut merampas wang tunai berjumlah RM2,000.
"Selain itu anggaran dadah yang dirampas berjumlah RM100,000 dan kedua-dua suspek berkenaan ditahan reman bermula 31 Oktober lalu sehingga Isnin depan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju, menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Jalan Wangsa Perdana, kira-kira jam 9.30 malam, semalam.
"Hasil pemeriksaan pihak kami merampas 150 paket plastik lut sinar disyaki dadah jenis heroin sebanyak 236.04 gram.
"Anggaran bagi keseluruhan rampasan kedua ini adalah bernilai RM7,500," katanya.
Suspek dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Sumber 3 tokan heroin, ketamin ditahan polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yq0OIz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment