Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 tahun tak pernah tukar cadar bantal, ratusan ekor kutu hama membiak di mata! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 tahun tak pernah tukar cadar bantal, ratusan ekor kutu hama membiak di mata!

ORANG kata kebersihan melambangkan keperibadian seseorang. Kebersihan juga penting bagi menghindari diri seseorang daripada dijangkiti sebarang penyakit.

5 tahun tak pernah tukar cadar bantal, ratusan ekor kutu hama membiak di mata!

5 tahun tak pernah tukar cadar bantal, ratusan ekor kutu hama membiak di mata!

Namun, baru-baru ini, akibat sikap tidak ambil kisah seorang wanita telah mendatangkan kemudaratan kepada dirinya sendiri.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Xu dari Hubei, China terpaksa mendapatkan rawatan apabila matanya mengalami bengkak dan terlalu kering.

Menurut laporan World Of Buzz, wanita tersebut telah mengalami kegatalan dan kemerahan di matanya sejak dua tahun yang lalu. Namun, Hu hanya menggunakan ubat mata biasa untuk menghilangkan rasa kurang selesa itu.

Tetapi, dua minggu yang lalu, keadaan matanya semakin teruk dan keadaan itu memaksa keluarga Hu menghantarnya ke hospital.

Menurut pemeriksaan doktor, terdapat banyak kutu hama yang memenuhi bulu matanya yang menyebabkan bulu mata Xu melekat dan ‘berkumpul’.

Doktor tersebut turut menggunakan mikroskop untuk melihat keadaan mata Xu dan terkejut apabila mendapati terdapat lebih 10 ekor kutu hama di setiap helaian bulu matanya.

Doktor yang merawatnya mengganggarkan lebih 100 ekor kutu hama yang ‘tinggal’ di setiap mata wanita itu.

Xu disahkan menghidap konjungtivitis dan blefaritis iaitu keradangan di bahagian kelopak mata kerana jangkitan bakteria yang disebabkan oleh bahan buangan kutu tersebut.

Dalam pada itu, Xu mengakui dia tidak pernah menukar cadar bantalnya sejak lima tahun yang lalu sekaligus membuatkan kutu tersebut ‘berpindah’ ke bulu matanya.

Doktor turut mengesahkan keadaan itu berlaku kerana kurang pengedaran udara dalam bilik tidurnya.

Bagaimanapun, keadaan Xu dilaporkan semakin baik selepas mendapatkan rawatan daripada doktor.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/SA

 



Sumber 5 tahun tak pernah tukar cadar bantal, ratusan ekor kutu hama membiak di mata!

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AMO66D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.