Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tampilkan UMNO Sebagai 'Party Of The Future' - Khairy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tampilkan UMNO Sebagai 'Party Of The Future' - Khairy



UMNO perlu ditampilkan sebagai ?a party of the future' (sebuah parti masa depan) supaya rakyat, khususnya golongan muda masa kini dan seterusnya, dapat terus memberi mandat besar kepada tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu, kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata perkara berkenaan sangat kritikal memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan pemilihan yang kritikal dan berbeza berbanding sebelum ini kerana dijangka menjadi penentu masa depan bangsa dan negara.

Bagi memastikan UMNO dan BN parti untuk masa depan, Khairy berkata beberapa ramuan tertentu diperlukan termasuk menyediakan tawaran baharu melalui Manifesto PRU14 BN yang dapat menepati cita rasa dan keperluan golongan muda di negara ini.

"Biarlah tawaran ini memberi keyakinan kepada orang muda bahawa UMNO-BN memahami kebimbangan dan keresahan mereka. Biarlah tawaran ini mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk mereka, yang menjana pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Biarlah tawaran ini tidak mengabaikan belia luar bandar yang mungkin tidak dapat ke menara gading atau belum bersedia merebut peluang ekonomi digital, menyediakan perumahan yang cukup dan sebagainya. Biarlah ini menjadi tawaran Barisan Nasional untuk orang muda pada pilihan raya nanti," katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini hari ini.

Khairy turut mengulangi harapannya agar calon pilihan raya dapat dipelbagaikan selain lebih banyak peluang diberikan kepada sayap Puteri, Pemuda dan Wanita dalam usaha menyegarkan UMNO sebagai parti masa depan.

"Kita perlu kepelbagaian dalam calon ini supaya parti dilihat kontemporari. Kepelbagaian itu bermaksud ada yang dari golongan senior tetapi tambahlah calon-calon wanita, calon-calon muda malah calon-calon yang mungkin tidak datang dari hierarki parti.

"Biarlah parti kita dilihat segar dan kontemporari," katanya.

Bagaimanapun katanya Pemuda UMNO berikrar untuk akur dengan apa juga keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri kerana apa yang penting ialah kemenangan UMNO dan BN.

Sementara itu, Khairy berkata berbeza dengan pembangkang, kerajaan pimpinan Najib sudah jauh melihat ke depan hingga tercetusnya Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai antara persediaan negara menghadapi permasalahan dan cabaran yang bakal berlaku.

"Alhamdulillahm, melalui TN50 Presiden telah berjaya menampilkan kerajaan semasa sebagai kerajaan masa depan. Sekarang apa yang diperlukan ialah untuk kita menampilkan UMNO sebagai sebuah parti masa depan.

"Jasa UMNO sebagai parti yang memerdekakan negara dan mengisi kemerdekaan itu diketahui umum. Namun bagi generasi muda, tidak cukup kita mengingatkan mereka tentang jasa lama. Mereka mahu tahu adakah UMNO parti masa depan dan untuk masa depan," katanya.

--BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jzsUI2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.