Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairy Ulangi Mahu Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairy Ulangi Mahu Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengulangi hasrat melepaskan jawatan dalam pergerakan itu dan  berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkannya.

Bercakap dalam Sembang Online di Utusan Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, Khairy berkata, destinasi atau kedudukan beliau selepas meninggalkan jawatan Ketua Pemuda tidak penting.

Khairy berseloroh dengan wartawan BNBBC.my dan Agendadaily ketika melawat Laman Media, PAU 2017 di PWTC

Beliau berpendapat Pergerakan Pemuda UMNO memerlukan kepimpinan baharu selepas dua penggal memegang jawatan tersebut.

“Saya daripada dulu sudah kata saya cenderung meninggalkan Pemuda selepas penggal ini.

Saya mahu sediakan barisan yang boleh menggantikan saya. Destinasi saya ke mana selepas ini tidak penting. Soal pemilihan parti kita bincang selepas pilihan raya.

“Tapi bagi saya sudah dua penggal, pemuda perlukan pemikiran yang segar. Macam mana pun saya bawa pemuda, macam mana pun peribadi saya, akhirnya kita ada hala tuju lain,” jelas Khairy.

Sementara itu, Khairy berkata, Pergerakan Pemuda UMNO telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 dan memberi tumpuan kepada 1.9 juta pengundi lelaki muda Melayu bawah usia 40 tahun.

Menurut beliau 40 peratus daripada jumlah pengundi merupakan pengundi muda dan 20 peratus merupakan pengundi baharu.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BkNJkL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.