Hi! Welcome Back and Stay Tune! G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat

 | December 9, 2017
Penasihat G25, Sheriff Kassim berkata, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakadilan akan berlaku jika isu semasa dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.
Sheriff-media-report2KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas penjawat kanan Melayu G25 berkata, media tidak sepatutnya disasarkan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas untuk melaporkan isu semasa kepada orang ramai.

“Media sepatutnya bebas melapor dan menyuarakan pandangan mereka kepada masyarakat dan tidak patut ada sebarang cubaan untuk mengongkong media.
“Sudah sampai masanya untuk kerajaan sedar kebebasan maklumat dan debat terbuka penting bukan sahaja demi demokrasi sihat, tetapi juga ekonomi yang sihat,” kata Penasihat G25, Tan Sri Sheriff Kassim selepas melancarkan laporan “Pengukuhan Keyakinan Ekonomi di Malaysia” hari ini.

Sheriff mengulas gesaan seorang perwakilan Umno Pulau Pinang supaya pihak berkuasa menyiasat portal berita The Malaysian Insight (TMI) kerana laporan mereka yang didakwa menghina pemimpin negara.
Mohd Nashrol Hisham Abdullah dari Umno Bahagian Tasek Gelugor berkata, carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menemui nama pengarah syarikat tersebut.

“Ada satu portal yang hina pemimpin kita, yang hina kerajaan kita, yang menyerang pemimpin kita, perdana menteri kita, presiden kita.
“Pihak berwajib jangan bagi ini berlaku, cari sampai lubang cacing. Jangan biar perkara ini berlaku kerana hina pemimpin kita,” katanya.

Sheriff yang pernah menjadi ketua setiausaha Kementerian Kewangan sehingga 1994 berkata, orang ramai yang menderita jika mereka dinafikan maklumat.
“Apabila mereka dirahsiakan daripada isu semasa, itu yang akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakadilan.

“Malah, pelabur amat bimbang jika isu semasa disembunyikan,” katanya sambil menambah isu semasa perlu dibincangkan secara terbuka untuk mencari penyelesaian.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iIMwZn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.