Hi! Welcome Back and Stay Tune! PEMUDA AMANAH DIANCAM BEDIL, PELURU DAN SANTAU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PEMUDA AMANAH DIANCAM BEDIL, PELURU DAN SANTAU

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan, semalam membuat laporan polis selepas mendapat ancaman keselamatan susulan diugut di laman sosial.

Menurutnya, ugutan tiga individu berlainan itu dibuat melalui komen satu kumpulan dalam Facebook.

Lebih membimbangkan, kata Hazmi, salah seorang yang memberi komen berbentuk ancaman itu – dimuat naik semalam – ialah seorang bekas anggota keselamatan.

“Ugutan itu dibuat selepas satu tulisan saya yang bertajuk Semoga Nama Almarhum Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) Terus Hidup dimuat naik ke satu kumpulan Facebook.

“Saya hanya menulis tentang kebaikan dan kebijaksanaan politik tok guru Nik Aziz.

“Susulan itu saya menerima ugutan daripada tiga individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mengulas lanjut Hazmi atau lebih dikenali sebagai Jeming Hassan berkata, ugutan pertama diterima ialah berbentuk mengacam dengan peluru.

“Kedua, saya diugut dengan ugutan santau dan bedil (tembak), manakala ugutan ketiga berbentuk ugutan bedil dengan peluru hidup,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Dia kemudian diambil keterangan oleh pegawai polis semalam.

Hazmi mendakwa, apa yang dikesalkan ancaman itu di datang daripada seorang yang dipercayai bekas anggota polis.

“Salah seorang daripada mereka juga sudah bertemu saya dan memohon maaf atas perbuatannya, dan saya berharap dia akan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Selebihnya saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan penilaian peguam.

“Saya harap perkara ini tidak berulang dan kita tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan keselamatan,” jelasnya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y9L4nZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.