Wanita Ini Sanggup Buat 30 Pembedahan Untuk Pikat Kekasih
Wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat hati pasangan, sehingga ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan teman lelaki tetap setia dan tidak berpaling kepada wanita lain.
Antara pengorbanan yang terpaksa dilakukan ialah dengan melakukan pembedahan plastik. Ramai wanita sanggup mengambil risiko berkenaan semata-mata untuk menawan hati pasangan, bukan sahaja risiko yang besar, malah menelan belanja ribuan ringgit.
Seorang gadis berusia 22 tahun dari Hong Kong sanggup menjalani sebanyak 30 pembedahan plastik untuk menawan hati kekasihnya.
Gadis tersebut, Berry Ng mula melakukan pembedahan plastik seawal usia 17 tahun kerana mahu kelihatan seperti supermodel barat. Namun dia kini menyesali dengan tindakannya itu.
Berry mengatakan bahawa dia mula ketagih terhadap pembedahan plastik apabila terlihat pusat kecantikan yang menawarkan pakej pelajar pada harga berpatutan iaitu sekitar HKD799 (RM415) untuk tiga suntikan.
Selepas cubaan pertama, pekerja pusat kecantikan tersebut memujuknya untuk membeli pakej yang lebih mahal iaitu sekitar HKD17,000 (RM8,847). Sememangnya mereka berani mengambil kesempatan terhadap pesakit mereka untuk mengaut keuntungan.
Teruja dengan kesan yang menakjubkan, Berry semakin berani untuk menjalani pembedahan plastik dengan lebih kerap.
Wajah Berry sebelum melakukan pembedahan plastik
Berry mula merasakan dirinya ada kekurangan apabila dia jatuh cinta dengan lelaki yang tua sembilan tahun daripadanya dan teman lelaki itu suka menghina wajahnya serta membandingkan kecantikannya dengan wanita lain.
Teman wanita mana yang sanggup mendengar teman lelaki memuji wanita lain, sudah pasti menggugat dirinya.
Tidak tahan dengan hinaan tersebut, Berry nekad untuk jalani 30 pembedahan plastik dalam tempoh enam bulan antaranya suntikan di dahi, kelopak mata, hidung, bibir dan dagu.
“Jika dia (teman lelaki) katakan ‘saya cantik’ walaupun sekali, saya akan berhenti,” katanya kepada China Press.
Jika mahu cantik, banyak kaedah lain yang lebih baik jika dibandingkan dengan pembedahan plastik. Namun untuk mendapat kesan yang lebih cepat, mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya kerana mahu kelihatan cantik dengan cepat.
Sumber: Hanasuva.com
The post Wanita Ini Sanggup Buat 30 Pembedahan Untuk Pikat Kekasih appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BZP7X2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment