Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tuntut Saman Malu, Pengantin Lelaki Tidak Dapat Menyediakan Wang Hantaran Sebanyak 25 Ribu Kepada Keluarga Pengantin Perempuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tuntut Saman Malu, Pengantin Lelaki Tidak Dapat Menyediakan Wang Hantaran Sebanyak 25 Ribu Kepada Keluarga Pengantin Perempuan

Majlis perkahwinan itu sepatutnya berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kampung Khao Din di daerah Kabin Buri, Thailand pada Ahad.

Majlis perkahwinan yang seharusnya berlangsung dengan suasana yang meriah akhirnya bertukar pada satu kejadian yang amat memalukan, apabila pengantin lelaki telah gagal untuk menghadirkan diri di majlis perkahwinannya dan dipercayai bakal pengantin lelaki akan disaman oleh keluarga pengantin perempuan untuk menuntut malu.

Dipercayai pengantin lelaki itu telah melarikan diri kerana tidak mampu untuk menyediakan wang hantaran yang diminta kepada bakal isterinya.

Majlis perkahwinan itu telah diadakan di rumah mempelai wanita yang berada di kampung Khao Din di Daerah Kabin Buri di Thailand pada hari Ahad lalu.

Sepatutnya acara perkahwinan itu berlangsung pada pukul 6 pagi lagi, dan apa yang lebih mengejutkan pihak pengantin lelaki masih juga belum tiba. Apa yang lebih mengecewakan lagi saudara mara dan ahli keluarga terdekat pengantin itu juga langsung tidak kelihatan di majlis berkenaan.

Pada sehari sebelum majlis diadakan, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Booyang Sawatdee 26, telah pergi ku rumah bakal isterinya yang bernama Arunee Jaengkrachang 24, untuk melakukan persiapan detik-detik akhir.

Pengantin lelaki juga dipercayai gagal untuk menghadirkan diri di pagi upacara itu diadakan pada pagi ahad. Malah saudara terdekat kepada pengantin wanita telah menghubungi pihak pengantin lelaki dan diberitahu rombongan pengantin lelaki masih di dalam perjalanan.

Pengantin perempuan Arunee terus sabar dan setia menunggu kedatangan pengantin lelaki tetapi semuanya hampa apabila orang yang ditunggu-tunggu langsung tidak memunculkan wajah.

Setelah menunggu selama beberapa jam, pihak pengantin perempuan membuat keputusan untuk menghubungi pihak lelaki namun semuanya hampa.

Mereka juga telah nekad untuk pergi ke rumah pihak lelaki, tetapi sampai sahaja di sana kelihatan kawasan rumah itu sunyi sepi seperti sudah ditinggal dan tiada penghuni.

Pihak wanita juga mengesyaki kehilangan pengantin lelaki itu disebabkan pasal wang hantaran yang gagal mereka sediakan untuk bakal pengantin perempuan.

Setelah mengetahui berita sedih itu, pengantin perempuan menangis tidak berhenti dan mengakibatkannya terus jatuh pengsan.

Menurut dari saudara terdekatnya, hubungan pasangan itu telah terjalin selama 6 tahun.

Booyang juga telah membuat keputusan untuk masuk melamar Arunee.

Malah kedua-dua pihak juga telah bersetuju dengan wang hantaran yang berjumlah 200 000 Bath iaitu bersamaan (RM25,561) serta emas seberat 5 Bath.

Bapa kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Chaowarit Jaengkrachang 48, dan juga isterinya Sripapa Phudbomuang telah berkata mereka telah mengeluarkan pembelanjaan sebanyak 66 000 Bath (RM8415) untuk perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut dan termasuk semua cetakan kad jemputan untuk para tetamu.

Pihak pengantin perempuan juga turut mengalami kerugian yang besar akibat dari perbuatan pihak lelaki yang telah melarikan diri tanpa sebarang berita.

Bapa kepada pengantin perempuan itu juga telah menuntut saman kepada pihak pengantin lelaki atas ganti rugi sebagai ganti semuala perbelanjaan yang telah digunakan untuk majlis pernikahan itu. Dia juga turut memfailkan laporan polis atas kejadian yang memalukan itu.

Perkara sebegini adalah sesuatu yang amat memalukan. Bial semua para tetamu telahpun banyak menghadirkan diri dan pengantin lelaki yang ditunggu-tunggu langsung tidak muncul pastilah pihak wanita yang menanggung malu yang teramat. Sebagai pengajarannya, sediakan semua perkara yang patut untuk mendirikan rumah tangga dan berbincanglah jika tidak mampu, bukanlah dengan cara melarikan diri. Perbuatan seperti itu boleh menyusahkan diri sendiri dan orang lain yang terlibat.

Sumber: Sehinggit.blogspot.my , Viralmedia

The post Tuntut Saman Malu, Pengantin Lelaki Tidak Dapat Menyediakan Wang Hantaran Sebanyak 25 Ribu Kepada Keluarga Pengantin Perempuan appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jfpwoT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.