Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan Trump Gugat Kestabilan Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan Trump Gugat Kestabilan Dunia



KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan satu tindakan yang melanggar resolusi antarabangsa, kata Presiden Persatuan Generasi Anak Muda Malaysia (GAM) Fadli Juanas.

Naib Ketua Pemuda Kota Belud itu berkata tindakan tersebut juga boleh menggugat kestabilan dunia.

“Ini kerana dengan pengiktirafan yang dilakukan oleh Donald Trump sebegini akan melahirkan kecaman bukan sahaja daripada umat Islam di seluruh dunia tetapi juga daripada penganut agama Kristian.

“Donald Trump seolah-olah tidak mengambil kira langsung soal sensitiviti umat Islam di Palestin dan seluruh umat Islam di dunia.” katanya ketika ditemui Bernama di luar Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Justeru, Fadli berkata GAM yang dianggotai naib-naib ketua Pemuda Umno Bahagian seluruh Malaysia, menentang sekeras-kerasnya tindakan Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Beliau turut menyarankan umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat supaya tanah Baitulmuqaddis sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BYiUzs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.