Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sumpah Tak Curi Duit Rakan Artis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sumpah Tak Curi Duit Rakan Artis

Demi membuktikan dirinya tidak mengambil wang daripada lapan artis yang berniaga di ekspo jualan di Brunei, April lalu, penyanyi Shila Amin telah melafazkan sumpah laknat, pada satu sidang media khas, semalam.

Tidak keseorangan, turut sama ialah anak perempuannya, Nurrul Admiena Norrizan tampil membuat penjelasan bagi membersihkan semula imej mereka anak beranak.

“Saya tidak pernah mengambil satu sen duit rakan artis yang saya bawa ataupun membuat penipuan terhadap duit iaitu Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Anina Ahmad B, Liza Abdullah, Shila Mambo, Rozie Othman, Zul Yahya dan Aiman Tino.

“Saya juga tidak pernah menimbulkan masalah yang membabitkan wang, bagi tujuan kepentingan sendiri dengan penganjur Brunei.

“Seterusnya tidak pernah mengambil atau menerima wang daripada penganjur, mahupun pihak wakil,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Penyanyi yang popular dengan lagu Rambu Ramba ini mendagadakan sidang media tersebut ekoran berita dan video dimuat naik penyanyi Roslan Shah dalam sosial media mengenai pertengkaran Noorshila dan pelakon Lana Nodin di ekspo Singapura, minggu lalu.

Noorshila yang mengusahakan produk minuman bersama keluarganya mendakwa pelakon Lana Nordin yang turut terbabit dalam ekspo di Brunei dan Singapura menyebarkan fitnah itu kepada beberapa rakan artis.

“Pada ekspo di Singapura minggu lalu, saya didatangi rakan artis yang memberitahu Lana mendakwa saya menipu duit mereka sewaktu ekspo di Brunei.

“Ketika meminta penjelasan dari Lana, dia tidak menafikan cerita itu dan mengaku kerana mendengarnya dari penganjur,” katanya.

Menjelaskan isu pertengkaran dengan Lana, Noorshila turut menafikan menendang troli milik Lana sehingga menyebabkan barang bertaburan seperti didakwa pelakon itu.

“Gerai kami bersebelahan dan pada hari kejadian, troli Lana terletak di hadapan ruang gerai saya.

“Jadi, saya ‘sound’ penjaga gerai Lana supaya jangan berbuat demikian kerana tak mahu terlanggar troli itu. Saya cuma menguis troli itu dan bukan menendangnya,” katanya.

Susulan itu, Noorshila membuat laporan polis terhadap Roslan dan Lana masing-masing pada Ahad lalu dan semalam di Balai Polis Seremban 2.

The post Sumpah Tak Curi Duit Rakan Artis appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y9IgqW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.