Radin Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Atlet Terjun Negara
Penyampai radio Era FM, Radin Amir Affendy mengakui sudah lama bersahabat dengan atlet terjun negara, Leong Mun Yee dan hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan.
“Kami hanya kawan. Kami sebenarnya dah lama kenal sebelum ini kerana saya banyak mengacarakan majlis-majlis berkaitan sukan yang kebetulannya melibatkan Mun Yee,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
Gosip hubungannya dan atlet itu mula timbul selepas dia sering memuat naik foto atlet kelahiran Ipoh itu di laman instagram. Tidak sekadar itu, Radin turut menulis kapsyen yang ‘manis’ pada setiap foto yang dikongsikan sehingga ada di kalangan para pengikutnya mula mengusik apakah dia mempunyai hubungan yang istimewa dengan Mun Yee.
“Bila jumpa, mestilah akan ambil gambar dan saya suka kongsikan di Instagram untuk kenangan dan sesekali turut meninggalkan komen pada gambar yang dimuat naik Mun Yee.
“Mungkin disebabkan itulah orang ingat kami ada hubungan istimewa sedangkan kami memang hanya kawan biasa sahaja,” jelasnya
Dalam pada itu, pemuda yang pernah digosipkan dengan pelakon Ayda Jebat ini mengaku dia cukup selesa berkawan dengan Mun Yee yang disifatkan sebagai gadis yang matang dan tidak ‘memilih bulu’ dalam berkawan.
“Saya kagum dengan pencapaiannya sebagai atlet sukan terjun yang banyak mengharumkan nama negara dan sentiasa mengikuti perkembangannya dengan atlet-atlet lain sebelum ini.
“Tak sangka pula boleh jadi kawan dan ia mungkin kerana sikapnya yang tidak ‘memilih bulu’ dalam berkawan,” katanya.
The post Radin Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Atlet Terjun Negara appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AIjocE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment