Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bahana Mengamalkan Ilmu Kebal, Bomoh Siam Mati Tidak Boleh Menjalani Sebarang Pembedahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bahana Mengamalkan Ilmu Kebal, Bomoh Siam Mati Tidak Boleh Menjalani Sebarang Pembedahan

Ahli arkeologi di negara Thailand telah dikejutkan dengan satu penemuan rangka manusia yang dipercayai rangka seorang pengamal ilmu hitam di sebuah kawasan perkuburan manusia purba.

Didapati penemuan yang amat menakutkan itu telah berlaku di kawasan Mukdahan yang terletak berdekatan Thailand dan Laos.

Mereka juga telah menemui serpihan kulit manusia yang tertulis tatu pada bahagian rangka manusia tersebut yang dipercayai adak hubung kait dengan amalan ilmu hitam.

Tatu berkenaan juga ditulis mengikut bahasa sanskrit dan ia juga dipercayai sebagai sebuah mantera yang menjadikan keadaan kulit berkenaan tersangat kebal sehingga langsung tidak reput ataupun dimakan tanah dari berkurun-kurun lamanya.

Menurut pengkaji arkeologi, lelaki yang dipercayai empunya rangka yang telah dijumpai itu langsung tidak boleh menjalani sebarang pembedahan terhadap anggota tubuh badannya akibat dari ilmu kebal yang dipelajarinya.

Akhirnya dia telah menanggung kesakitan yang teramat itu sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan penuh tragis.

Punca utama tekstur kulit itu tidak terjejas tidak dapat diketahui sehingga kini. Rata-rata penduduk setempat di Thailand amat mempercayai kejadian sebegitu mempunyai hubungan kuat dengan pengamal ilmu kebal ataupun ilmu hitam.

Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang sami pada waktu itu yang amat taksub dalam mempelajari ilmu kebal dan ilmu hitam.

Setiap tempat sudah pasti mempunyai kepercayaan masing-masing dan mereka mempercayai kepercayaan yang terwujud dari zaman nenek moyang lagi. Bagi kita percaya atau tidak itu terpulang kepada hak individu.

Sumber: Sehinggit.blogspot.my

The post Bahana Mengamalkan Ilmu Kebal, Bomoh Siam Mati Tidak Boleh Menjalani Sebarang Pembedahan appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BOKMoT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.