Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kesalahan kecil saja” – Datuk Zaid Ibrahim tegaskan tak akan mohon maaf atas tindakannya pertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kesalahan kecil saja” – Datuk Zaid Ibrahim tegaskan tak akan mohon maaf atas tindakannya pertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir

BIADAB… Meskipun berdepan kemurkaan Sultan Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan tidak akan memohon maaf kerana mempertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir Mohamad.

Zaid malahan dengan nada angkuh juga mempertahankan kenyataan beliau menerusi akaun Twitter baru-baru ini yang didakwa konon bukan satu kesalahan jenayah, sebaliknya hanya berniat untuk menegur pemimpin tertentu.

"Kesalahan kecil saja" - Datuk Zaid Ibrahim tegaskan tak akan mohon maaf atas tindakannya pertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir

“Kesalahan kecil saja” – Datuk Zaid Ibrahim tegaskan tak akan mohon maaf atas tindakannya pertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir

 

“Saya rasa saya tidak ada buat silap, maaf itu kalau kita bersalah, ini kecil saja ni. Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa yang kesalahan saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?.

“Nak kata saya bersalah atau tidak kena tunggu siasatan polis dululah, bicara di mahkamah, mahkamah tentukan. Polis akan siasat saya, setakat ini polis belum panggil lagi. Saya akan bagi penjelasan tidak ada masalah,” katanya.

Portal AgendaDaily melaporkan Zaid berkata demikian pada majlis Dialog Bersama Rakyat sempena perasmian bilik gerakan Pakatan Harapan di Wakaf Siku Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Wakaf Siku, Kota Bahru malam Jumaat.

Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lain menegur tokoh veteran pembangkang Mahathir berhubung kenyataan biadab bekas Perdana Menteri itu hina Bugis.

Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid bertindak balas dengan memberitahu Sultan Sharafuddin supaya konon harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.

Tindakan itu telah mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin yang turut menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang keluar UMNO dan pernah menyertai PKR dan kini DAP; sebagai seorang yang biadab.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan Zaid agar pulang sahaja ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan teguran baginda dalam isu Mahathir sehingga sanggup membuat kenyataan kurang ajar seperti itu.

Pihak polis dijangka membuka kertas siasatan terhadap catatan Zaid tersebut selepas menerima banyak laporan daripada pelbagai pihak di sekitar Lembah Klang kelmarin.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber “Kesalahan kecil saja” – Datuk Zaid Ibrahim tegaskan tak akan mohon maaf atas tindakannya pertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AoLcGr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.