PM TAK PERLU CAMPUR TANGAN PELANTIKAN, PENAIKAN PANGKAT HAKIM, KATA G25
PERLEMBAGAAN Persekutuan perlu dipinda supaya perdana menteri tidak campur tangan dalam pelantikan atau penaikan pangkat hakim, kata kata kumpulan pesara kakitangan awam kanan Malaysia (G25).
G25 berkata, di bawah undang-undang sekarang, perdana menteri berhak untuk tidak memberi alasan jika menolak pelantikan hakim yang dilantik Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
“Dicadangkan supaya perdana menteri tidak campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim.
“JAC syorkan nama yang dilantik kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapatkan pandangan mereka dan kemudian, serahkan kepada Agong,” kata G25 dalam satu laporan bertajuk Invigorating Economic Confidence in Malaysia yang dikeluarkan hari ini.
Kumpulan itu berkata, Yang di-Pertuan Agong berhak membuat keputusan berdasarkan nasihat perdana menteri, iaitu individu yang memutuskan pelantikan atau kenaikan pangkat hakim.
“Sistem pemilihan ini tidak memuaskan kerana ia memberi gambaran sistem kehakiman bergantung kepada badan eksekutif.
“Ini kerana perdana menteri adalah ketua badan eksekutif dan memberi pengaruh besar terhadap badan perundangan.
“Jelas sekali ada kalanya hakim terpaksa membuat keputusan yang tak berapa menyenangkan apabila bersangkut dengan badan eksekutif atau perundangan,” katanya.
Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan.
Manakala dalam Perkara 122B, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yR3gq8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment