Hi! Welcome Back and Stay Tune! 9 Tanda Wanita Sedang Subur Walaupun Haid Tak Tetap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

9 Tanda Wanita Sedang Subur Walaupun Haid Tak Tetap

Bagaimana nak tahu sama ada anda sekarang ini tengah subur atau tidak? Ada tak tanda subur wanita yang dapat dikenal pasti secara fizikal, walaupun ‘Period’ bukannya tetap sangat? Kadangkala kita tak tahu sama ada kita sedang dalam waktu subur atau tidak.

Waktu subur seseorang wanita adalah satu tempoh yang paling dikejarkan oleh pasangan yang ingin hamil dan juga sebagai ‘tanda amaran’ bagi pasangan yang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Waktu subur atau tempoh ovulasi merupakan proses ketika sel telur (ovum) dikeluarkan dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio untuk disenyawakan.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai kitaran haid tetap sama ada akibat stres, ketidakseimbangan hormon, atau yang sedang menyusu badan selepas bersalin. Berbanding sperma yang dapat bertahan selama 7 hari dalam vagina, sel telur anda hanya dapat bertahan paling lama 24 jam setelah dikeluarkan.

Menurut sumber laman web perubatan, seorang wanita memiliki masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang dikatakan ‘paling subur’. Biasanya, turut diikuti dengan beberapa tanda yang dapat dirasai secara fizikal.

Anda dan pasangan digalakkan melakukan hubungan intim pada saat ini atau sebelumnya supaya sel telur (ovum) dan sperma dapat bertemu pada jangka waktu tersebut. Antara tanda subur wanita yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

Suhu Tubuh Badan Meningkat

Foto: Alodokter

Proses ovulasi dapat meningkatkan suhu basal tubuh. Anda perlu tahu suhu tubuh badan pada hari-hari biasa supaya dapat membandingkannya pada hari subur. Gunakan carta untuk mencatat suhu badan anda setiap hari. Oleh kerana perbezaannya tidak begitu banyak, pastikan anda menggunakan termometer basal yang tepat & stabil bacaannya. Setelah 2-3 hari tubuh anda mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan suhu tubuh kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.

Rasa Lebih Ghairah

Foto: Karangkraf

Salah satu tanda subur wanita juga dapat dirasakan melalui peningkatan nafsu syahwat. Secara semula jadi, anda juga akan merasa lebih menarik dan terlihat lebih menarik bagi pasangan anda.

Perut ‘Cramp’

Foto: Alodokter

Rasa sakit seperti kejang atau ‘cramp’ pada bahagian perut bukan saja berlaku ketika datang haid. Jika ia berlaku di luar waktu haid, maka ia juga salah satu tanda subur wanita. Sebahagian wanita mengaku bahawa mereka turut merasa kejang pada salah satu punggung ketika ovulasi.

Posisi Serviks (Pangkal Rahim) Tinggi Dan Lembut

Foto: Tanda Hamil

Tanda subur wanita atau masa ovulasi dapat dikenalpasti dengan mengamati perubahan pada bahagian serviks. Semasa dalam tempoh kurang subur, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah (senang dirasa). Apabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi (sulit dijangkau). Waktu terbaik untuk memeriksa serviks ini adalah pad awaktu malam. Pastikan tangan anda bersih sebelum memeriksa serviks.

Seperkara lagi, jangan mengelat memeriksa serviks setelah hubungan seksual. Ini kerana, rahim anda tidak berada dalam keadaan normal semasa berhubungan.

Payudara Bengkak Dan Sakit

Foto: Lancarasi

Akibat peningkatan hormon, payudara anda akan terasa sedikit bengkak dan nyeri ketika ovulasi. Terdapat wanita yang bukan hanya merasakan bengkak pada payudara, tetapi juga pada bahagian lain tubuh.

Deria Rasa Dan Bau Lebih Tajam

Foto: Oshonews

Selain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur. Oleh itu, anda mungkin akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.

Tompokan Darah

Berbeza daripada haid, timbulnya tompokan darah yang sedikit ini adalah akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi. Oleh itu, paras progesteron akan turut menurun dan berlaku luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan adanya tompokan darah tersebut.

Keputusan Positif Pada Alat Pengesan Kehamilan

Foto: Diari Mama

Jika anda ingin mengetahui cara yang lebih tepat apabila sedang mengalami ovulasi, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.

Tanda Subur Wanita Membantu Merancang Kehamilan Lebih Tepat

Foto: Adajerawat

Dengan mengetahui beberapa tanda di atas, diharap ia dapat membantu ibu bapa yang sedang dalam proses mencuba untuk mendapatkan cahaya mata. Sebagai tambahan, kemungkinan untuk terjadinya ovulasi adalah sangat rendah dalam 6 minggu pertama selepas bersalin. Namun, ia masih boleh berlaku bergantung kepada kesediaan tubuh badan anda.

Sumber: Kusaviral.com

The post 9 Tanda Wanita Sedang Subur Walaupun Haid Tak Tetap appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fj8j3S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.