Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ajaib! Mukhriz Naik Pangkat 2 Kali Tanpa Pemilihan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ajaib! Mukhriz Naik Pangkat 2 Kali Tanpa Pemilihan





AJAIB… Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad ada sebab tertentu kembali aktif dalam politik sekali gus mengkritik golongan meninggalkan parti tersebut.

Perkara itu didedahkan bekas penaja PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman sambil mendakwa, belum pun habis Perhimpunan Agung Tahunan dijalankan, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz tiba-tiba naik pangkat begitu sahaja.

Bekas menteri besar Kedah itu khabarnya telah diangkat oleh ‘tangan ghaib’ untuk merampas jawatan tinggi dalam parti sebanyak dua kali dengan cara amat misteri sehingga menimbulkan banyak persoalan cepumas menarik.

“Bagaimana ‘anak emas’ ini boleh cepat mendapat kenaikan jawatan tanpa sebarang pemilihan parti dijalankan, ganjil, daripada bendahari tiba-tiba jadi sebagai naib persiden dan kemudian pula kepada timbalan presiden?

“Ini menjawab persoalan mengapa Mahathir bergiat semula dalam aru politik perdana dan mengkritik kami yang meninggalkan PPBM kerana kecewa dengan gejala tidak demokratik itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas dengan lebih lanjut Kamarulazman menjelaskan bahawa Mahathir, 92, juga sekali lagi mengambil peluang dalam ucapannya untuk menggelarkan taraf golongan yang meninggalkan PPBM sebagai sampah.

“Mengapa beliau begitu berminat dengan ‘kewujudan’ kami? Pasti ada sesuatu bahaya yang kami bawa terhadap PBM dan anaknya Mukhriz, nampaknya beliau bersungguh-sungguh ingin bunuh karakter dan kredibiliti kami.”

Menurutnya, tindakan itu juga adalah sebagai langkah Mahathir untuk menutup mulut dalam menyatakan pandangan bahawa Mukhriz tiada apa yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin politik berkebolehan.

Jelasnya, Mahathir tidak perlu berpura-pura dengan matlamat sebenar perjuangannya dalam PPBM sehingga tergamak menghasut ahli parti untuk melihat mereka yang keluar parti tersebut sebagai sampah!

“Apakah sebenarnya jawatan Mukhriz dalam PPBM? Sungguh memalukan, ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Saya masih ingat lagi jawatan sebenar Mukhriz ketika mesyuarat penaja Bersatu dijalankan pada 2016 lepas.

“Mukhriz hanya dilantik sebagai bendahari dan saya ialah setiausaha. Saya masih ingat lagi bagaimana berlaku ‘perubahan’ ketika saya serah dokumen pendaftaran PPBM kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Saya sendiri menyerahkan senarai jawatankuasa PPBM di pejabat ROS di Putrajaya dengan nama Mukhriz cuma sebagai bendahari parti, seperti apa yang diputuskan oleh mesyuarat penaja,” dakwa Kamarulazman lagi.

Namun, beliau tergamam apabila pegawai ROS yang bertanggungjawab dalam proses pendaftaran rasmi parti tersebut kemudian bertanya kepada dirinya mengenai kewujudan dua senarai jawatankuasa PPBM berbeza.

Kemudian kata Kamarulazman, dalam mesyuarat luar biasa yang tidak diiktiraf oleh ROS, Mukhriz sekali lagi dinaikkan pangkat kepada jawatan timbalan presiden. – Agensi

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ElxWzR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.