Gadis Paling Berbulu Di Dunia Akhirnya Mengambil Keputusan Untuk Mencukur Semua Bulu Pada Wajahnya Selepas Dia Menemui Cinta Sejati!
Kata orang kalau sudah sayang, apa juga sanggup dilakukan untuk membuktikannya. Seperti gadis dari Thailand ini dia sanggup untuk mencukur wajahnya yang penuh bulu buat kali pertamanya.
Gadis yang mendapat gelaran “gadis paling berbulu di dunia” ini telah membuktikan bahawa cinta itu tiada sempadannya. Walaupun rupa fizikal wajahnya tidak seperti orang lain, dia tetap diterima dan disayangi oleh suaminya. Jadi, sebagai tanda sayangnya kepada suaminya pula dia akhirnya memutuskan untuk mencukup semua bulu pada wajahnya buat pertama kali.
Ini dia Supatra ‘Natty’ Sasuphan …
Supatra ‘Natty’ Sasuphan, seorang gadis berumur 17 tahun dari Bangkok, Thailand, memiliki genetik yang jarang-jarang dimiliki yang dipanggil Sindrom Ambras, atau dikenali sebagai ‘Sindrom Werewolf’. Hal ini menyebabkan dia mengalami pertumbuhan bulu yang berlebihan di seluruh badan, termasuk pada wajahnya.
Pada tahun 2010, Natty telah dianugerahkan Rekod Dunia Guinness dengan membawa gelaran gadis yang paling banyak bulu di dunia
Sehingga hari ini masih tiada penawar bagi menangani keadaan itu. Natty walau bagaimanapun telah belajar untuk menerima keadaannya dengan baik serta cuba untuk menjalani hidupnya dengan normal, walaupun dia menerima pelbagai gelaran di sekolahnya seperti ‘Wolf Girl’ dan ‘Chewbacca’
Natty berkata:
“Saya tidak merasa berbeza dengan orang lain dan saya mempunyai banyak kawan di sekolah. Memiliki bulu yang banyak menjadikan saya istimewa. “
“Terdapat beberapa orang yang sering mengusik saya dan memanggil saya dengan muka monyet tetapi kini mereka tidak melakukannya lagi.”
“Saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Saya tidak rasa apa-apa. “
“Kadang-kadang saya sukar untuk melihat terutama apabila ianya menjadi panjang. Saya berharap saya akan sembuh suatu hari nanti. “
Kehidupan Natty berubah selepas dia bertemu lelaki yang dicintainya sepenuh hati
Dia mula mencukur bulu yang ada pada wajahnya serta badannya untuk kali pertama selepas berkahwin dengan teman lelakinya. Kisahnya itu telah menjadi viral dan sejak itu dia mendapat pujian ramai.
Kami berharap dia dan suaminya akan sentiasa gembira dan bahagia pada masa depan!
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mgWoeW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment