Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Jatuh Dari Tingkat Lima Asrama.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Jatuh Dari Tingkat Lima Asrama..


Seorang pelajar Malaysia di temui mati pada malam Rabu lepas dengan berpakaian kostum Spiderman di luar asrama lelaki di Universiti Da-Yeh, Taiwan.

Dia dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan ketika ingin mengambil gambarnya. Mayat mangsa ditemui oleh salah seorang pelajar yang melalui kawasan tersebut terkejut dengan susuk sekujur tubuh yang sudah tidak sedarkan diri dilantai simen luar bangunan.


Menurut rakan sekelasnya yang telah disoal siasat, mangsa keluar ke balkoni asrama untuk mengambil gambar bersama kostum Spiderman yang dipakainya. Dia memang telah dikenali sebagai seorang 'cosplayer' dalam kalangan pensyarah dan rakan sekelasnya kerana telah menjadi hobinya berpakaian persis karakter filem, buku atau video game yang digemari untuk ke kelas.


Mangsa disahkan mati sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian. Mereka juga menemukan telefon bimbitnya dibalkoni dan menurut Chan Ting-Yu, Ketua Unit Penyiasatan Jabatan Polis Daerah Changhua, polis tidak dapat menentukan secara pasti punca kematian kerana tiada saksi.

Pihak Universiti juga telah menghubungi keluarga mangsa dan mengaturkan perjalanana mereka untuk ke Taiwan.





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mhoBSM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.